Wednesday, November 18, 2009

Macam - macam....

Since March aku tak hapdet blog ni...dah naik sawang...bukan takat sawang..kalau kat laut harus dah jadi tukun ikan...huhuhuhu...so aku ringkaskan jelah serba sedikit tentang apa yang berlaku, tentang peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku/kami.....apa ek....

1) 24.03.2009 - is my birthday...hubby celebrate, belanja Kat BurgerKing and dapat slice of Hersheys Choclate Cakes.... Gembira dapat makan dengan hubby....tak la beriya sangat sambut sbb 1/4/2009 birthday hubby plak.....yang penting masa bersama dengan yang tersayang.....hubby bagi card n hadiah....

2) 1.4.2009 - hubby's birthday...celebrate dekat Secret Recipe...best jugak....then gi ambil angin malam tepi pantai...rasa cam masa bercinta jek....heheheheh....

3) Aku start aku nyer program diet....masa ni aku 72.6 kg....fuh gile gemuks rasanya tak sanggup nak ingt dah masa ni ...rasa teruk sangat.......cara aku senang jek , aku skip nasi n guna diet rendah kalori plus sikit excercises....lama jugak rasanya dalam bulan September aku dapat capai berat 57kg.....and now target aku nak capai 50kg..sebenarnya lepas raya dah start put on weight actually.....huhu.............ramai jugak member2 yang terkejut dengan perubahan ni.....

4)Well, dalam keadaaan dan situasi yang aku kira aku happy sangat dengan life aku, aku diuji dengan satu dugaan yang aku rasa mulanya macam tak boleh langsung nak aku terima......aku mungkin tak akan ceritakan disini dan biarlah rahsia ini menjadi rahsia hidup aku sampai bila2....aku cuba untuk melupakan ......w.pun aku rasa agak sukar....walau bagaimanapun, insan yang mengecewakan aku ini,telah aku maafkannya sbb aku terlalu sayangkannya.........dan semoga ini menjadi pengajaran untuk aku dan insan itu.......tapi Alhamdulillah, disebalik ujian ini, banyak benda yang aku pelajari, banyak hikmah yang aku dapat......thanks untuk hubby yang sentiasa berdiri dibelakang, begitu juga my dear fren suzi yang sentiasa ada disisi ketika aku perlukan seseorang untuk aku menangis............love u....

5) Family Day EPIC at Genting...happy sangat ....especially bila boleh spent time dengan hubby tercinta dan my little monster........dapat cabutan bertuah ....sandwich maker n cadar ?(yang digantikan dengan voucher parkson RM30).......huhuhu

6) 16/09/2009 - Mother in law ke Mekah untuk menunaikan Umrah....Alhamdulillah, berkat doa dan pertolongan seorang hamba Allah , menjadikan impian bonda tercinta untuk menunaikan umrah terlaksana...aku dan suami mengucapakan ribuan dan jutaan terima kasih atas doa dan sponsorship tersebut......hanya Allah yang mampu membalasnya....amin....


7) Before raya company bagi hadiah raya.....advance bonus 1 bulan gaji dan voucher Mydin n the store worth RM300...thanks...rasa semangat terus nak kerja...huhuhuhu

7)Hari Raya Aidilfitri - 20 & 21/09/2009 Menyambut hari raya Aidilfitri di dungun tapi hubby plak kerja on the first raya...hubby masuk lambat sikit...sempatlah bergambar dan makan2 ....raya tahun ni pun happy jugak.....tapi sedih jugak......mengingatkan Arwah mak yang telah setahun kembali ke Rahmatullah, mengingatkan kakak aku Annis yang juga telah setahun kembali ke Rahmatullah.....semoga roh mereka di cucuri rahmat...amin...Al-Fatihah.......selesai solat sunat hari raya, makan2, dan sesi bergambar, dan ke kubur mak dan kaum keluarga yang lain, mcm biasa, kami konvoi ramai2 (semua adik beradik n family) kerumah mak sedara dan pak sedara.....aku sedeh jugak....sbb hubby tak de..huhuhu.....dan tahun ni ada pembaharuan yang mana setiap rumah makcik yg kita pergi kita bergambar sebagai kenang kenangan....kat sini bilamana melihat makcik2 dan pakcik2 kami....rasa sedih..melihat mereka sudah pun uzur....berbanding 5,6 tahun yang lepas dan nanti tibalah giliran kami plaks...bersediakan aku???

Selain sambutan majlis hari raya, kami sekeluarga juga ada buat majlis bacaan yaasin dan solat berjamaah dirumah abg Li....majlis ini disertakan dengan majlis makan-makan, kambing pusing, dan makanan pulak buat cara pot luck.....aku buat speggeti sihat (resepi dari myresepi).....seme cakap sedap...hehehehehheheh....see the leg laaa...

(gambar nanti saya pastekan yerk)

8)october 2009, Mother in Law selamat pulang dari menunaikan ibadah Umrah....banyak cerita yand dibawa.....malam ketibaan mak dirumah aku, kami mengadakan solat hajat dan sedikit makan2 utk kaum keluarga.....kak na yang masak sebenarnya..mee kari, aku masak daging masak merah dan lemang sahaja.....antara peristiwa menarik yang nak aku kongsikan, Mak hilang selama berjam2 di dalam Masjid di Makkah  dibantu seorang Dato' yang jugak dari Mesia...nanti lah yg ni aku kena buat special entry...not now....

8)Banyak benda yang berlaku yg mungkin aku lupa nak rekodkan kat sini.....rasanya bulan ni bulan berjalan kot.......pergi kl.....pastu family day Petlin at Bukit Gambang Resort City, Pastu gi Cameron dengan frens....(antara percutian yg paling best), genting, kl dan lepak kat Sg PEnchala umah hanty....dan kuantan (vacation sebelum hubby gi ARab)...huhuhuhu.....tapi dalam happy tu ada suatu berita sedih nak bagitau....Abg Ipar (abg hubby) telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad....asbab jangkitan pada paru2..Allahyarham, baru saja balik bercuti ke Malaysia (arwah bekerja di Afrika) pada hari Jumaat dan hari Ahad kami dikejutkan beliau telah pergi buat selama-lamanya..ARwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak yang masih kecil dan arwah pergi pada umur yang masih muda 44tahun.....Al-fatihah...semoga kak nor tabah..dan kuat......





No comments:

Post a Comment